Kesan baik berhenti minum kopi
Azam baru, sempena melangkah ke pertengahan tahun. Sempena melangkah ke bulan Julai.
Bermula hari ini, aku nak berhenti minum kopi. Hari ini, aku belum minum kopi lagi. Kalau tak, pagi-pagi sudah beli kopi Zus secawan. Ya Allah, kalau dikira-kira, mesti dah beribu-ribu duit aku habis pada kopi. Nak jimat duit la. Aku perlukan motivasi untuk berhenti minum kopi. Jadi di sini, aku akan kongsikan kebaikan pada badan kita jika kita berhenti minum kopi.
Berhenti minum kopi dapat memberi kesan yang baik pada badan, seperti tidur lebih nyenyak dan kurang rasa cemas. Namun, pada fasa awal, kita mungkin mengalami gejala putus kafein seperti sakit kepala dan keletihan.
Berikut adalah garis masa perubahan pada badan dan kebaikan yang boleh dilihat apabila kita berhenti minum kopi:
1. Fasa Awal: 1 hingga 5 hari Pertama
- Sakit kepala: Pembuluh darah di otak yang biasanya menyempit akibat kafein mula mengembang, menyebabkan rasa berdenyut.
- Lemah dan mengantuk: Badan kekurangan rangsangan dopamin dan adrenalin. menjadikan kita berasa letih daripada biasa.
- Perubahan mood: Kita mungkin berasa mudah marah atau muram kerana badan sedang menyesuaikan diri.
2. Fasa Peralihan: 6 hingga 10 hari
- Adaptasi badan: Simptom putus kafein mula reda.
- Kurang cemas: Tahap adrenalin menjadi lebih seimbang, mengurangkan rasa gementar atau panik.
- Tidur lebih lena: Kualiti tidur meningkat kerana kafein tidak lagi mengganggu kitaran rehat (sleep cycle) kita.
- Tenaga lebih stabil: Kita tidak lagi bergantung pada kafein untuk kekal segar. Tenaga harian lebih konsisten tanpa rasa 'crash' di pertengahan hari.
- Gigi lebih sihat: Mengelakkan kesan tompok kopi dan mengurangkan risiko plak.
- Pencernaan lebih baik: Kurang masalah pedih ulu hari atau gangguan perut.
![]() |
| I am strong enough to quit coffee. |

0 Comments