Diet telur rebus
Sejak kebelakangan ini, aku mula terfikir untuk ubah cara hidup. Rasa macam sudah terlalu lama biarkan diri hanyut dengan rutin yang tidak sihat. Jadi, aku akan cuba mulakan dengan sesuatu yang paling mudah—jaga makan, bermula esok, 1 April.
Antara yang aku pilih, adalah diet telur rebus.
Bukanlah makan telur semata-mata dari pagi ke malam. Mestilah seimbang dengan sayur dan makanan lain juga. Tapi telur rebus ini, bagi aku, satu permulaan yang paling senang. Tak perlu masak beria, tak perlu fikir menu yang rumit. Rebus saja, dah siap. Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah makanan sumber protein lain seperti ayam, ikan dan daging.
Baru-baru ini aku ternampak dalam rancangan Melodi, penyanyi Ernie Zakri berkongsi tentang cara dia menjaga pemakanan. Antara yang disebut adalah makan telur rebus dengan sedikit sos atau mayonis. Patutlah nampak maintain kurus sahaja.
![]() |
| Berapa lama rebus telur, dan hasil yang kita dapat. |
Aku pernah buat dulu, makan telur rebus. Telur rebus ini cepat buat kenyang. Tak adalah asyik rasa lapar dan mencari makanan yang entah apa-apa. Dalam satu biji telur, sebenarnya sudah ada protein yang tinggi, yang bantu kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, telur juga ada vitamin penting untuk badan.
Cuma, aku juga belajar—tak boleh berlebihan.
Kalau makan terlalu banyak, boleh beri kesan pada kolesterol. Jadi aku akan cuba hadkan dalam satu hingga dua biji sehari sahaja. Selebihnya, aku tambah sayur. Kadang-kadang buat salad ringkas, kadang-kadang tumis sayur saja. Rancangannya, begitulah.
Perjalanan ini Insya-Allah, akan bermula esok.
Aku tak target untuk kurus cepat, tapi lebih kepada rasa sihat dan ringan. Nak badan lebih bertenaga, nak fikiran lebih tenang. InsyaAllah, kalau konsisten, pasti ada perubahan walaupun sedikit.
Hari ini mungkin hanya telur rebus.
Esok, mungkin langkah kecil yang lain pula. Aku ada buat carian sikit. Di sini aku kongsikan beberapa menu idea telur rebus yang simple, tapi sedap dan tidak membosankan.
1. Telur + salad segar
Potong telur rebus, campur dengan:
- Salad
- Timun
- TomatoTambah sedikit olive oil + perahan lemon + secubit garam
2. Telur + sambal kicap versi sihat
Campur kicap cair + cili padi + limau nipis
👉 Ini versi “local style” 😄 Lagi sedap dari mayonis, kurang lemak
3. Telur + avocado
Lenyek avocado, letak garam sikit, makan dengan telur
👉 Lemak sihat + protein = kenyang lama
4. Telur atas roti bakar
👉 Macam breakfast café, tapi versi sihat
5. Telur dalam wrap
Letak telur + sayur dalam tortilla / wrap
👉 Senang makan, sesuai kalau nak cepat
6. Telur dalam sup sayur
Masukkan telur rebus dalam sup sayur panas
👉 Comfort food, sesuai malam atau hujan
7. Telur + herba / rempah
Tabur:
- Lada hitam
- Paprika
- Oregano
👉 Tukar rasa walaupun bahan sama
8. Telur “masala” ringkas
Gaul telur dengan sedikit serbuk kari + garam
👉 Rasa macam masakan India sikit, lain dari biasa
9. Telur + sambal tomato homemade
Blend tomato + bawang sikit, masak tanpa minyak banyak
👉 Lebih sihat dari sos botol
10. Telur + sedikit cheese
Letak cheese nipis sikit (jangan banyak)
👉 Untuk hari “reward”, tapi masih terkawal 😄
Kita tengoklah boleh ke tidak aku bertahan. 😀

0 Comments